• Isnin-Jumaat: 2PM - 11PM / Sat & Sun (1 PM-11PM)
  • 1800-18-4508
  • [email protected]
  • SEJARAH PERNIAGAAN

    Bermula dengan membuka cawangan pertama di Puchong Jaya pada tahun 2016, Mykori sekarang ada lebih dari 60 cawangan di seluruh Malaysia Mykori kini mempunyai lebih daripada 60 cawangan di seluruh Malaysia dan akan berkembang pesat pada tahun 2019. Kejayaan Mykori berasal dari pengasas yang berpengalaman dalam pelbagai bidang bukan hanya bidang makanan, tetapi juga media sosial serta hartanah. Mykori mempunyai pengikut setia di ruangan media sosial,(hampir setengah juta pengikut di Facebook & Instagram Mykori Dessert Cafe diterima baik oleh semua peringkat umur.Kami amat berterima kasih kepada para pelanggan kami yang menghargai usaha kami untuk mencapai kualiti tanpa kompromi ini, bermula dari bahan premium yang digunakan untuk membuat produk kami yang indah dipandang mata, dan hiasan dalam kedai yang menarik, dan juga perkhidmatan pelanggan bertaraf tinggi.

    It all started with a Japanese pastry at first…

    Semasa pengembaraan di luar negara, pengasas Mykori menjumpai pastri Jepun yang unik - snek berbentuk ikan yang diperbuat daripada croissant dengan pelbagai rasa yang unik seperti kacang merah, pisang, coklat dan keju. Kami mempelajari bagaimana ia dibuat, ramuan sebenar yang memberikan bentuk dan rasa yang unik untuk mencipta satu pastri Jepun yang tulen, kemudian diolah kembali demi memenuhi citarasa tempatan di Malaysia.

    Selain dari pastri, kami juga berusaha mewujudkan 'Mykori' sebagai pencuci mulut Jepun di Malaysia.Selain itu,menu kami dipelbagaikan dengan Signature Toasts dan pencuci mulut ais kepal (Kakigori) dengan menggabungkan buah-buahan segar dan ais krim.Kepada sesiapa yang ingin makanan yang lebih sihat, boleh mencuba Kenko Kakigori yang menggabungkan ais kepal, yoghurt / susu, buah-buahan segar serta pelbagai biji-bijirin.

    Ya, ini berlaku dengan kerap, dan kami gembira dapat melayani begitu banyak pelanggan!

    Mykori berterima kasih kerana mendapat sokongan padu dari pelanggan dari dulu sehingga kini, serta sokongan berterusan dari rakan kongsi serta pemegang lesen perniagaan yang berpotensi. Sekiranya anda ingin menjadi Pemegang Lesen Mykori, sila hubungi kami.. We look forward to bringing you more of our best in 2019 and beyond!

    MISI SYARIKAT

    Mykori Dessert Café adalah kafe Pencuci mulut Jepun tradisional di Malaysia dan mendapat sambutan sejak 2016 bermula di kafe pertama kami yang terletak di Bandar Puchong Jaya. Kini pada tahun 2019, ia adalah peneraju pasaran dalam sektor pencuci mulut ais premium di Malaysia, dengan jumlah paling banyak cawangan (lebih 60) dan sambutan pelanggan yang luar biasa (lihat Instagram kami!)

    Pada tahun 2019, Mykori Dessert Café dapat permintaan yang tinggi di seluruh negara antaranya ialah Ipoh, Johor, Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang & Melaka, Penang, Kelantan.

    Mykori Dessert Café juga akan membuka cawangan baru di sekitar Lembah Klang pada tahun 2019 dan di seluruh negeri di Malaysia.