Bulan November akan jadi bulan yang ditunggu-tunggu oleh pengemar Mykori terutama nya di Kelantan. Di bawah adalah antara cawangan yang akan dibuka:
Mykori Dessert Cafe Kota Bahru, Kelantan
Disebabkan permintaan yang terlalu tinggi di Kelantan dan kami sentiasa inginkan yang terbaik untuk pelanggan kami,Mykori yang pertama akan dibuka di Kelantan.Kota Bahru bukan sahaja terkenal dengan Wakaf Che Yeh yang dibanjiri dengan pelbagai makanan yang menarik,Mykori Dessert Cafe pun akan berada di sana tak lama lagi.So apa lagi ore ore kelate nantikan pembukaan Mykori Dessert Cafe yang pertama di Kelantan.
Mykori Dessert Cafe KLIA 2
Selain yang pembukaan yang pertama di Kelantan kami juga akan membuka cawangan yang pertama di lapangan terbang iaitu di KLIA2.Selepas nie sebelum berlepas ke destinasi pilihan pastikan Mykori Dessert Cafe menjadi pilihan utama. Nikmatilah keistimewaan Mykori supaya perjalanan anda akan menjadi yang istimewa seperti menu Kakigori.
Mykori Kepala Batas, Penang
Kami akan membuka outlet ke-empat kami di Penang, iaitu di Kepala Batas! Kepala Batas adalah di mana “Penang Bird Park” terletak, dan adalah taman burung yang terbesar di Malaysia, dengan lebih dari 300 jenis burung.
Mykori Rawang Anggun, Selangor
Rawang Anggun kini sedang membangun dengan cepat – Satu kajian baru-baru ini oleh NST Property didapati bahawa banyak pembangunan baru difokuskan ke arah kawasan berhampiran pintu keluar tol Rawang melalui New Klang Valley Expressway. Kebanyakan daripada perbandaran-perbandaran ini hanya setengah jam memandu pergi dari Kuala Lumpur.
Mykori Dessert Cafe Paradigm Mall
Berita baik kepada kaki shopping,Mykori Dessert Cafe akan dibuka di Paradigm Mall,Petaling Jaya.Cawangan ketiga yang berada di dalam pusat membeli belah selain Eko Cheras Mall dan Central I-City. Setelah penat membeli belah jangan lupa jadikan Mykori Dessert Cafe sebagai tempat santai sambil menikmati kesejukan ais kepal kami.
Mykori Dessert Cafe Mytown Mall
Kepada warga Kuala Lumpur IKEA Cheras,Mytown Mall bukan tempat yang asing lagi.Tempat membeli kelengkapan rumah dan keperluan harian yang sangat terkenal rasa tidak lengkap.Demi memenuhi permintaan yang tinggi di Cheras Mykori Dessert Cafe sekali lagi akan dibuka di dalam pusat membeli belah.
Mykori Seri Manjung, Perak
Seri Manjung merupakan sebuah bandar baru yang dibina dalam daerah Manjung, negeri Perak, Malaysia. Seri Manjung dibangunkan bagi menyokong pembangunan Pelabuhan Lumut dan Setiawan pada awal tahun 1980-an. Ketika itu, pangkalan tentera laut Malaysia di Woodland, Singapura hendak dipindahkan ke Lumut. Bagi menampung keperluan tersebut, IKM dan UiTM Manjung telah dibina di Seri Manjung.
Mykori Dessert Cafe Kota Warisan, Sepang
Bagi yang tinggal berdekatan Sepang,Kota Warisan akan menjadi lokasi yang pertama di Sepang.Selain Uptown Kota Warisan,Mykori Dessert Cafe cawangan Sepang akan dibuka tidak lama lagi.